TITLE; Sweet Talker
Monday, December 24, 2012 | 12:24 AM | 0 comments
Assalamualaikummmm. Annyeong awak awak awak! xD
*sucker for a sweet talker!*
Nak cakap pasal sweet talker jap boleh tak? Sebab benda ni memang parah. Menghancurkan banyak hati terutama hati perempuan. Kan kan kan? Yeahh. I knowww. Tak payah nak tipu lah makcik. Hewhew. Sweet talker ni banyak dikaitkan dengan lelaki. Memang ye punn. Sangat merbahaya okay. Awak awak semua kena lah hati-hati. Jangan termakan sangat dengan kata kata lelaki. Cakap je lebih. Akhirnya ke laut semua. Dah biasa sangat. Aku pun sendiri tak tahu kenapa dia dah bersusah payah fikir ayat baik punya. Lepastu dah dapat perempuan tu, dia guna pulak ayat manis dia tu kat perempuan lain. Damn it. Apa masalah orang macam ni sebenarnya. Satu pun tara cukup kah? Mak saya kata, tak baik tau tamak tamak. Hikhik.
Bila dah dapat bf sweet talker tu memang payah lah kan. Kalau dia buat salah pun dia boleh tutup balik kesalahan dia dengan sweet talk dia tu. Right? So, yang perempuan pun apa lagi. Memang cair habis lah. Kononnya "saya sayang awak sorang je, tak ada orang lain lagi. saya janji kita akan kahwin. saya nak awak sorang je sayang". Puihhh. Pergi mati lah sama sayang and janji tu. Nanti dah jumpa awek hot sikit lupa lah jaanji dia tu. Serious. Trust me. Ayat nak hebat je. Aduhhhh. Aku yang emo ni dah kenapa.
TAPI, bukan semua lelaki sweet talker macam tu. Ada jugak yang baik. Yang betul betul maksudkan apa yang dia cakap. Yang setia and memahami. Perfect lah cerita dia. Tapi sekarang memang susah nak cari lelaki macam ni. One in million yknowww. So awak awak kena lah pandai pilih. Takpun, suruh je parents cari jodoh. Hahaha. Mungkin lagi baik. Mesti lah parents kita nak yang terbaik untuk kita kan. Takkan lah dia nak bg anak dia kahwin dengan penagih dadah. Tak logik okayyy. Okay. Cukup sahaja sampai di sini. Bye yalls. xoxo.
To sweet talker : What goes around, Comes back around



Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Site


